Monday, 2 November 2015

Travelogue : Lisbon Portugal ( Part I )

Assalamualaikum


Konon nya lepas balik dari travel tu, aku nak berblog terus pasal trip aku ni. Yela baru balik kan jadi mesti lah semua benda masih segar dalam ingatan. Tapi aku hanya insan biasa yang kalah dengan rasa malas yang melampaui batas dan norma kehidupan. Jadi sebab dah berapa bulan berlalu, ada benda aku dah lupa. Tak pasal-pasal kena buka buku nota balik, so padan muka sendiri :D

Aku dan suami bergerak ke Lisbon Portugal pada 19 April 2015 menggunakan khidmat Emirates Airline. Masa ni harga tiket dalam RM3300 seorang. Tapi kitorang balik ke Malaysia dari London. So murah sikit dari balik from Lisbon. Bila bercakap pasal Emirates, dah tentu kitorang akan transit di Dubai buat beberapa jam sebelum sambung perjalanan ke Lisbon. Perjalanan dari KLIA ke Lisbon Portugal mengambil masa dalam 18 jam. Dala masa tu aku mengandung 6 bulan setengah. Memang cramp segala otot, urat dan sendi.


 Departure gate buka pukul 12 malam. Memang la aku rasa 'segar' sangat menunggu haha. Masa ni pula ada match Arsenal. Suami layan bola sementara isteri layan ngantuk :D


Makanan-makanan Emirates ni boleh tahan sedap. Tapi aku selalu tak bernasib baik dalam memilih menu ni. Suami aku punya makanan selalu lagi sedap dari aku punya. Jadi untuk mengelakkan diri berasa sedih, aku pau makanan suami aku hahaha. Pada sesiapa yang naik flight Emirates, bila flight attendant tu tanya nak air apa, sila lah pilih mango juice sebab mango juice dia terbaik di dunia. Sampai aku cakap kat suami aku nak cari mango juice tu. Cari kat airport sampai google bagai, tak jumpa. I is sedih T__T (mungkin baby dalam perut yang suka sangat kot. Salahkan anak pula haha)


Beberapa hari sebelum ke Lisbon, kitorang cuma tukar duit Euro dengan Pound je. Tak teringat yang kitorang akan transit ke Dubai. Bila dah kat Dubai tu, suami tanya nak tukar duit tak. Aku kata tak payah la sebab 2 jam je kat Dubai ni. Jadi aku pun melanguk la tengok orang beli air la, shopping perfume la, borong coklat la.


Lagi sejam lebih nak sampai Lisbon, aku dah tak larat nak tengok movie yang ada dalam playlist. Dalam otak ni asyik countdown bila nak sampai sebab pinggang da sakit. Countdown punya countdown sampai tertidur terus T_T 


Muka ceria dah sampai Lisbon yeay ! Sesampai je kat airport Lisbon, kitorang cari teksi untuk ke hotel. Orang-orang Portugal ni tak reti cakap english sangat. Masa cakap ngan driver teksi tu, kitorang dah macam ayam ngan itik bercakap. Aku cakap english, dia balas cakap bahasa dia. So memasing buat-buat paham jela :D 


Ini lah hotel tempat kitorang beristirahat untuk seminggu. Okay lah sambung cerita kat entry seterusnya. Omak nak tidurkan anak. Bye ! Thanks for reading.





www.tips-fb.com

1 comment:

Zie Azi said...

mcm ayam & itik la, buat2 paham je..
bestnya dpt pergi Portugal..