Sunday 25 November 2012

Twilight Screening by FCC (Farmasi Colour Cosmetics)

Assalamualaikum

Sejak bergelar wanita bekerjaya ni, update blog jarang, online pun macam gitu-gitu. Tapi walaupun macam tu, masih ada orang yang ingat kat diri yang kerdil and memboringkan ni. *touching* sok sek sok sek.

Minggu lepas masa tergerak hati nak online, tiba-tiba dapat 1 jemputan dari FCC (Farmasi Colour Cosmetic) untuk jadi blogger guest tayangan Twilight : Breaking Dawn Part II. Iolss ni tak famous jadi bila dapat invitation macam ni, rasa macam di awangan dan bermimpi la kan. Wait, sebelum tu korang tau tak apa tu Farmasi Colour Cosmetics (FCC) ? FCC ni adalah rangkaian kosmetik yang diimport dari Turki. Bukan saja make up stuffs, perfumes pun ada dan produk ni dah makin famous sekarang. Harga yang diorang tawarkan pun adalah sangat berpatutan which is memang mampu kita semua miliki la. Produk FCC ni korang boleh dapati contohnya kat Parkson dan Jusco.


Perempuan memang tak dapat dipisahkan dengan make up. Yang paling best pasal FCC ni, ia halal dan boleh di bawa solat. Best kan? Jadi pasni korang dah takyah risau da. Sementara tunggu masuk waktu tu, p  la amik wudhu' , mekap-mekap and terus solat. Tapi jangan la mekap over sangat macam tepung gomak ye kawan-kawan. No good no good. Less is more gituuu ;D

Event ni berlangsung pada Jumaat lepas 23 Novermber 2012.Saya dapat 2 tiket ke Twilight screening ni. Jadi saya ajak one of my good friend iaitu Bella Swan :D Siapa yang suka Twilight series ni memang wajib tengok yang final ni. Saya ni memang peminat tegar Twilight dari dulu jadi saya rate Breaking Dawn Part II ni 9/10. Tak boleh bagi full nanti production Twilight riak takbur plak hahahaha (lawak la sangat)

Bukan saja dapat tiket free. Malah popcorn dan air juga dapat free. Kami juga dapat lip gloss free dari FCC. yeayy thanks FCC! *sambil tenyeh lipgloss baru* 

Inilah si jojes Bella Swan saya yang telah menjadi vampire baru-baru ni :D Kalau dia ni jadi vampire, suma orang pun sanggup kena gigit. Kenyang perut tak payah susah-susah nak cari mangsa haha.  Thanks sayang love you! <3 p="p">

Bella Swan ceria dengan Ara Lee si model jojes tinggi lampai and Ieka, antara orang kuat yang menjayakan event FCC ni. Thanks Ieka ! Ara and Ieka sangat friendly and cute :)

 Teruja habaq hang dengan popcorn free. Sampai habis movie pun tak makan lagi. Sebab perut dah overloaded makan nugget ngan french fries, jadi bawa balik je haha.

 Mentang-mentang tengok Twilight, baju pun nak merah je macam mata vampire. Nasib tak pakai lens merah. Over. Feeling ala-ala retis lalu red carpet pastu ada banyak papparazi tangkap gamba. Okay berangan. 

Masa kami sampai tu memang ramai gila la orang. Retis pun ada. Kitorang ingat event biasa rupa nya grand juga la. Congrats FCC team :) and thanks pada semua. Pada yang tak tengok lagi Twilight, silalah kunjungi pawagam-pawagam yang berhampiran dengan anda. Best kot! Tapi kalau korang rasa tak best, saya minta maaf la. Duit anda tidak akan dikembalikan. Peace. Salam.

www.tips-fb.com

Thursday 22 November 2012

Apa kita nak buat dengan barang-barang Israel ni?

Assalamualaikum


Semua dari kita tahu apa yang dah pihak Israel laknatullah buat pada saudara-saudara kita di Palestin. Memang sedih. Teramat sedih sehingga satu dunia mengutuk perbuatan Israel terhadap Palestin. Kejam diorang tu seperti robot. tiada hati perut dan tak perikemanusiaan. Kita yang ada kat Malaysia ni janganlah berhenti berdoa untuk saudara kita kat Palestin sana. Semoga mereka kuat mengharungi ujian Allah yang besar ni. 

Alhamdulillah baru-baru ni kita dikhabarkan serangan senjata telah dihentikan. Ini semua berkat doa kita semua. Alhamdulillah terima kasih Ya Allah. Walau bagaimana pun, tak bermakna semuanya dah pulih. Selain berdoa, satu lagi cara yang boleh kita lakukan adalah dengan memboikot segala macam produk Israel. Beberapa buah negara juga dah jalankan kempen memboikot barangan Israel ni termasuklah United Kingdom. 

Kalau di teliti list ni, memang macam agak susah kan kita nak boikot semua. Tapi cuba lah seberapa yang mampu. Membeli barangan Israel adalah sama dengan menyokong Israel. Sama-sama lah kita saling mengingati.

www.tips-fb.com