Wednesday 31 August 2011

wordless wednesday: flowers can make me happy enough :)

Photobucket


how about you people? :)
www.tips-fb.com

Andai aku adalah tulang rusukmu yang hilang


Photobucket


Andai aku adalah tulang rusukmu yang telah hilang,
Aku berharap

Jika nanti Allah pertemukan kita
kau akan selalu membimbingku
agar aku menjadi wanita yang solehah
yang nantinya akan menjadi bidadarimu di syurga
kerana aku ingin kita akan disatukan di dunia dan di akhirat

Andai kau ditakdirkan untuk menjadi ayah buat anakku
jadilah ayah yang boleh mendidik anak kita
agar mereka nanti menjadi anak kebanggaan buat kita
di dunia dan di akhirat
iaitu anak yang soleh dan solehah
yang dapat menjunjung tinggi agama Allah

Photobucket

Andai engkau ditakdirkan untukku
ku harap kau boleh menjadi imam buatku dan anakku
kau boleh menjadi pemimpin yang baik dalam rumahtangga kita
kau boleh mencintaiku apa adanya
dan boleh mengurus kekuranganku dengan penuh bijaksana

Dan andai aku salah
tegurlah aku dengan kata-katamu
yang penuh dengan kelembutan dan kebijaksanaan

Andai aku lupa
ingatkanlah aku dengan penuh kasih sayang
agar nanti kau tetap menjadi suri teladan buat ku dan anak kita



kerana...

Aku hanya mengharapkan imam yang baik dalam rumah tanggaku
Yang selalu dapat membawa aku ke jalan yang diredhaiNya.
Jalan yang menuju syurgaNya bersama dirimu

*khas buat bakal imam ku

www.tips-fb.com

Monday 29 August 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua muslimin & muslimat

Assalamualaikum

pejam celik pejam celik, dah masuk sebulan dah kita berpuasa kan. kalau harini nampak anak bulan, insyaAllah esok kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri & hari ini juga akan menjadi hari terakhir kita berpuasa untuk tahun ini. kejap je kan masa ni?

Photobucket

jadi di kesempatan ini, saya nak menyusun sepuluh jari memohon maaf di atas kekhilafan saya pada semua individu sama ada yang mengenali saya secara in person atau pun di alam maya. saya memohon maaf andai saya pernah terkasar bahasa, terguriskan perasaan, tersombong tak semena or servis saya sebagai seorang peniaga tu kurang memuaskan. saya mohon maaf ikhlas dari hujung rambut hingga hujung kaki. saya akan cuba untuk perbaiki diri insyaAllah.

Semoga Aidilfitri kali ni memberi seribu makna & kebahagiaan kepada anda semua & mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama kita umat Islam. Barakallah. haa raya, raya juga. tapi jangan sampai abaikan kesihatan & keselamatan diri ye. kalau datang beraya di seremban, datanglah singgah rumah saya ye :) okay Salam Lebaran semua.



nak dapatkan flash raya macam ni? jom serbu blog Ayeem Ayam.
credit & thanks to him for this super cool and cute flash card :)


till then,
Salam.
www.tips-fb.com

Sunday 28 August 2011

adakah aku masih berpeluang untuk bertemu dengan Ramadhan?

Assalamualaikum


Photobucket


Aku lihat Ramadhan dari kejauhan...
Lalu ku sapa ia " Hendak kemana? "
Dengan lembut ia berkata ,

"Maaf , aku harus pergi . mungkin lama . Tolong sampaikan pesanku untuk orang yang bernama Mukmin . Ajaklah Sabar untuk menemani hari-hari dukanya , peluklah Istiqamah saat dia kelelahan dalam perjalanan Taqwa .
Itupun Syawal .. ia sudah tiba .."
....

Ku lihat Ramadhan pergi ... jauh ....
"Ya Allah , apakah aku akan berjumpa lagi dengannya Ya Allah ?"



www.tips-fb.com

Thursday 18 August 2011

pandainya dia nyanyi lagu melayu :)

assalamualaikum

lame kan tak update blog? takpe tau dah hihi. jom layan 1 video ni. dia dari france kalau tak silap. look at her. she's singing Pulanglah by Awi Rafael. comel gile. cuba dengar die cakap 'bye bye' .



bagus kan bahasa melayu dia? :)
www.tips-fb.com