Monday 13 December 2010

Fashion Talk: hey it's all about high heels girls!

assalamualaikum. salam sejahtera :)

pagi ni aku terpanggil untuk bukak TV3 & tengok wanita hari ini. selalunya aku tengok cartoon. hehehe. wanita hari ini ni 1 siaran yang bagus untuk kite tengok tau sebab diorang sentiasa ada paparan yang menarik untuk kita tahu. bukan setakat perempuan, lelaki pun patut tengok. yela nanti kau nak kawen ngan pempuan kan. takkan ngan laki plak. hehe. jadi kena la tau serba serbi tentang dunia perempuan ni :)

okay hari ni WHI buat paparan pasal Kasut Tinggi: Seksi ke Seksa?"
memang terbaik la tajuk perbincangan diorang arini kan. memang kena sangat la ngan batang hidung aku yang tak berapa nak mancung ni T_T untuk pengetahuan korang, aku TERAMAT la sukakan high heels. lagi tinggi lagi aku suka. lagi complicated design dia lagi aku suka haha. sampaikan aku cuma ada 1 je flat shoe. tu pun sekali je aku penah pakai. sedihnya menjadi kau flat shoe. haa skang baru kau tau betapa tinggi nye passion aku terhadap high heels ni. i'll go crazy macam orang gila bile aku masuk kedai kasut and nampak high heels cun-cun tau. sebab tu kalau aku takde fulus, aku takkan beranikan diri masuk kedai kasut. nanti aku kecewa. sedih~

tapi ada jugak orang yang prefer pakai flat shoe rather than high heels. tak sakit kaki katanya. tu semua pendapat & minat masing2. tp hari ni aku nak cerita sikit la pasal high heels ni. setelah tgk WHI & buat research sikit pagi ni, heels ni boleh dibahagikan kepada 3

1) low heels : tumit kurang daripada 2.5 inches (6cm)
2) middle heels : tumit yang mempunyai tinggi 2.5 hingga 3.5 inches (6cm - 8.5cm)
3) high heels : ukuran yang melebihi 3.5 inches

heels jugak ada banyak jenis. contohnya macam ni
chunky
perghh haa tengok2. memang style la kasut ni. kalau aku jumpe memang aku beli terus tanpa pikir panjang lagi. ala ala kasut askar pun ada. memang cun! :D chunky heel ni diameter tumit die lebih besar & kurang pressure kat kaki. jadi kuranglah rasa sakit.


kitten
lawa gile la kaler kasut ni. aku da terbayang2 da kalau ade kasut camni lam almari kasut aku. camne ni camne ni? T_T kitten heel ni die pendek, slender heel. banyak dipakai oleh orang yang tinggi yang ingin nampak sexy tanpa tumit yang tinggi.


stiletto
tumit jenis ni memang paling dicari kalau nak g kemana mana function mcm dinner, party & dll. bila pakai memang nampak elegant & seksi. tp kalau ada orang nak buat jahat ngan korang, baling je konfem tercacak kat kepala die :D



wedge
tumit jenis ni memang ramai orang suka sbb kaki pun tak sakit kalau pakai. memang jadi pilihan bagi orang yang nak nampak lagi tinggi. pada masa yang sama rasa selesa :)


okay skang aku bagi sikit tips untuk korang kalau nak beli high heels to make sure you end up with a perfect pair for you. check it out :)

pastikan korang tau saiz kaki korang
bunyi macam kelaka kan. tapi ni la hakikatnya. ramai orang sebenarnya tak tau berapa saiz kaki diorang sebenarnya. dan kalau korang nak tau, kaki kite boleh mempunyai 2 saiz yang berbeza! solution nya, certain shoe department ada tools untuk measure kaki kita. jadi lebih baik kita dapatkan ukuran kaki kita yang betul supaya kasut yang bakal kita beli tu bukan saja selesa, tp baik untuk kesihatan kita :)

beli high heels pada waktu petang
percaya atau tak, saiz kaki kita boleh berubah throughout the day & the swell a little bit at the end of the day. aku pasti ramai yang da tau pasal ni. jadi ni adalah fakta & bukannya mitos. tips ni bukan saja boleh kita praktikkan untuk beli high heels, tapi untuk semua jenis kasut.

sesuaikan high heels yang bakal dibeli dengan berat badan kita
bunyi macam perkara remeh kan. tapi ni lah hakikatnya. orang yg ade saiz badan yang besar digalakkan beli kasut yang mempunyai tumit yang tak terlalu tinggi sebab pressure yang diberi oleh badan kita boleh menyebabkan kaki kita cepat rasa sakit. pilihan terbaik adalah wedges :)

jangan beli high heels disebabkan harga atau jenama. tapi keselesaan.
sangat penting kita tau apa material sesuatu kasut tu. leather (kulit) adalah material yg paling sesuai untuk high heel. tapi kalau korang sayangkan binatang & tak mau menyumbang pada kekejaman, ada banyak option lain. elakkan beli high heel dari material synthetic fiber macam nylon atau plastic sebab jenis material ni boleh buat kaki kite cepat melecet & berdarah serta tak tahan lama.


kalau kita tengok, ramai perempuan suka pakai high heels sebab high heel boleh buat seseorang perempuan tu nampak lebih confident dan cantik. tapi pemakaian high heel dalam jangka masa yang panjang boleh menyebabkan komplikasi seperti :

- sakit kaki terutama di bahagian tumit & tapak kaki
- boleh increase fracture
- possibility mendapat arthritis tinggi
- boleh jejaskan organ dalam
- boleh sebabkan leher, lutut, sendi, tulang belakang & bahu jadi sakit

kemain panjang lebar aku cite pasal high heels ni kan. jadi harap ape yg aku cite ni boleh jadi panduan kat korang sume masa nak beli high heels okay. kita boleh pakai high heels tapi jangan pakai 1 hari direct. nanti jadi seksa. bukan seksi da kalau jalan pun senget2 nanti.


love,
arxar nadhirah
www.tips-fb.com

Friday 10 December 2010

fashion talk: embellished chain shoulder jacket/cardigan is soo in right now!

salam. hai hai hai korang semua. salam 1 Malaysia. ade macam ciri2 pemimpin tak aku? hehe

okay setelah sekian lame menyepi sebab tak dapat melawan perasaan malas aku ni, jadi aku nak cite sikit la pasal dunia fashion ni. bak kata fatin liyana asri , aku ni bukanlah fashionista mahu pun orang yang arif pasal dunia fashion ni. aku still jugak budak selebet yang main hentam je pakai apa aku nak pakai hihi. tapi aku nak kongsi sikit la apa yang terbenak di sudut hati aku ni.


credit to vainpod.com
cardigan & jacket memang 1 kemestian la kata orang bagi gadis2 skang ni. sbb korang boleh nampak lg stylo bila pakai t shirt ngan jacket kan. korang sume mesti tau pasal cropped cardigan/jacket macam dlm gamba kat atas ni kan? aku konfem dalam almari comel korang tu yang melambak2-baju-sampai-taktau-nak-pakai-yang-mana tu, atleast mesti ade 1 la. tak pun 2. mahu pun 3. kalau ada, korang mmg up to date la! tahniah tahniah! :D


peehh yang ni aku takyah kenalkan lg la kat korang. aku tau korang mesti kenalnye la ngan si fatin liyana asri ni haa. korang konfem tak bosan nye ngan blog die. kalau nak jadi cantik macam die, ape lg pakai la cropped shoulder puff cardigan macam die ni haa ;)

tapi yang aku nak cite kat korang ade bukan lah pasal cardigan ni. tapi die lebih kurang la. kira adik beradik la diorang ni. kalau puff cardigan ni dikira macam kereta waja, yang bakal aku nak cite ni macam kereta waja baru la hehe. aku nak kongsi ngan korang pasal Chain Embellished Shoulder Cardigan/Jacket.
credit to boudoir-boudoir
haa, tengok2! tak ke terbeliak mata kau tengok cardigan/jacket style camni. memang macho gile! kalau cardigan biasa die plain je kan. tp cardigan jenis die die ade chain draped kat bahagian shoulder die. kalau korang pakai memang style abes la aku cakap. jiran tetangga, orang yg lalu lalang, rumput lalang-lalang yang ada pun konfem pandang sambil bagi tabik spring la kat korang sebab korang stylo sangat. hehe melampau sikit ayat aku ni kan.


tengok minah ni pakai. ada style kan. dari cardigan yang kosong, bila ade nye rantai2 besi macam rantai penjara wanita kajang ni, terus jadi cunness kan :D


meh aku zoom in sikit detail chain die. haa tengok, memang stylo abes ala-ala pangkat yang tentera & polis pakai kat bahu tu. kalau makcik2 nampak ni, konfem diorang tanye korang beli
kat mane sebab diorang nak buat gantung kat bilik diorang :D


tapi sekarang ni zaman dah maju. bukan jacket ngan cardigan je yang ade draped chain camni. tapi blouse2 & dress2 pun dah banyak dah letak chain2 gini kat shoulder part. memang stylo kan bile g dinner pakai dress camni. pakai plak boot tinggi. pergh! :)


skang korang tengok la plak tuan belog pakai embellished shoulder cardigan ni. memang rockstar abes kan ngan juntai2 rantai tu. ditambah plak ngan shade sedemikian. pergh ley sgt la kalau korang nak gantikan ella :D suka mak nengok nye. hehe. tp kalau korang dah ade jacket or cardi camni yang plain, korang takyah la beli yang baru semata2 lepas korang tengok aku buat review pasal cardigan ni. bende alah chain berjuntai tu ada je jual berasingan. korang ley carik kat kedai2 accessories. jangan membazir kata orang. kite still ley bergaya even duit dalam poket kau kopak kan cheers~

www.tips-fb.com

Sunday 18 July 2010

jom saya bawa anda melancong ke jepun!


Assalamualaikum sume ^_^

korang jangan terkejut plak baca tajuk entry saya nie (tuka kata ganti diri yang lebih sopan untuk entry kali ni). saya tak buat ape2 contest pon dimana pemenang dia akan dapat pergi melancong bersama saya. malah aku bukanlah artis terfemes, selebriti handalan, model terkenal, penyanyi termasyhur, ku bukan superstar gaya yang terkenal, ku bukan saudagar yg punya byk harta. ok dah sebelum kena lempang. saje na bikin excited korang je sebenarnya hihi. and entry kali ni bukanlah bermaksud yang saya pergi melancong ke Jepun ke ape ke. tak mampu lagi la nak pergi. sapa nak belanja saya pegi melancong? hihi.

actually and yang sebenar-benarnya haritu kitorang pergi JJ Ipoh and 1 jenama kosmetik kecantikan jepun iaitu Kose buat tour seluruh malaysia. so diorang ade la letak macam pondok ala-ala jepun ditambah ag ngan kecantikan pokok sakura palsu & kolam ikan. memang nampak macam jepun la (teruja aku tau!). korang mesti taw kan sebab masa cuti aritu, diorang buat kat JJ seremban gak. tapi saya ta berkesempatan la nak tangkap gamba sebab ramai sgt orang (tau plak malu) malam tu kitorang g tengok wayang. so sementara nak tunggu masuk hall, kitorang merayau la dulu sebab tiket kul 12 malam kan. saya suka sangat tengok movie and jepun series. ni suma sebab abang saya. dia gila ngan cerita2 jeun ni. so memang posing2 ta ingat dunia la sampai pak guard usya dari jauh.bajet kau ada kat jepun da ea hihi

before tu, gamba ni bukan kat la kat tempat yg saya ckp tu. saja na interfrem dulu.this is one of my favourite scarf. tudung ni saya beli untuk pakai raya last year sebab tema baju raya keluarga saya tahun tu kaler brown. ibu saya punya favorite kaler tu :) (apa aku cakap ni? macam takde kaitan ngan tajuk je?)

apa yang cuba kau buktikan dengan gaya camtu wahai alia-san?wah teros ade "san" kat blkg tu. konon macam nak hidupkan suasana jepun la tapi makan mee kari hehe

cak! oke kini saya berada di banda Osaka hihi. korang tak rasa macam nak menari and berangan2 yang konon korang berada kat jepun ke kalau tengok kain langsir ni. eyh betol ke langsir?maen suka hati aku je.nta-nta tu kain sutera mahal import dari jepun. menangis orang jepun lau dengar saya ckp ni kain langsir hehe

konichiwa! sempat saya suruh sorang budak jepun pose untuk saya (oke tipu lagi hihi)

acececey ala-ala perempuan melayu terakhir gitu. dia ni addict sangat la ngan kumpulan shinee tu. bila start bercerita pasal shinee, muka bersinar2 minta dilempang hihi

korang abaikan la kalau ayat saya macam tunggang langgang or kejap ckp saya, kejap aku. mana satu nta pon da konfius da ha. tapi pape pun, aku ada impian unyuk melawat jepun and 1 day, aku mesti pergi jugak (berharap agar encik paan sedang membaca hihihi)

www.tips-fb.com

Sunday 30 May 2010

renungan

Apabila ditimpa sebarang musibah, mengadulah di depan Allah Yang Maha Esa. menangislah kau dan berdoalah kerana sesungguhnya Allah sentiasa mendengar rintihan hamba-hambanya.

dan ingatlah kau bahawa apa jua yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya. sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.
www.tips-fb.com

Wednesday 19 May 2010

video hari ibu yang sangat gedebom!

hai semua. walaupun hari ibu dah berakhir kan, tapi aku nak korang tengok 1 video hari ibu yang memang terbaik dari ladang. do watch and learn. memang grade 5 star la video mamat nie kan. btw, SELAMAT HARI IBU pada ibu saya & semua ibu di dunia. we do love you!

www.tips-fb.com

Thursday 13 May 2010

meet my fatin liyana and najahtul iylia.

assalamualaikum sume.

dah bangun? dah mandi? dah makan? dah gosok gigi? dah ganti puase? dah karok? kalau belum, jum join kitorang karok sampai penat. kami yg terdiri daripada siti azar nadhirah iaitu diri sendiri, fatin liyana dan juga najahtul iylia telah berkumpul memeriahkan JJ seremban 2. lokasi petama : mcd. ofkosh la kan sebab perut perlu diisi dulu baru la boleh karok dengan sepenuh jiwa raga. kitorang dah buat macam rumah sendiri la mcd tu. beli nye ciput. lepak nye berejam. biase la bile semua nya gila camera, jelingan2 orang2 keliling pun diabaikan hehe. agak2 pekerja2 mcd tu dah macam nak baling lontar peluru kat kitorang, kitorang pon gerak la pegi green box. lupe plak mase kat mcd tu kitorang jumpe alip and his gf. memang sporting gile la awek die :) hooyeaahhh! memang excited sampai kak iya terus mara ke hadapan and die terlupe la ade manusia lain nga beratur gak tunggu turn. hehe. memang syok! karok la korang 3 jam non stop. plan konon nak karok jap and off ke PD. tp kalau karok da sampai kul 6 ptg. memang tengok matahari terbenam kat JJ jela hehe. neway, diorang sememangnya sporting gila and enjoy gila. mujur aku pun tak jadi gila. pasni kita plan g tempat lain pulak :)korang perasan tak muka aku dah macam mak kepada diorang? haha. suara diorang memang diva ok! sorang nyaring macam jaclin victor. sorang ag cute sangat macam lenka. so kesimpulannya, aku dah macam jumpa artis. yeay! more pictures in facebook :)
www.tips-fb.com

Monday 10 May 2010

let's have some flowers here


doesn't flowers just make you happy?
I love flowers! it just so amazing and wonderful.
I love gardening but I don't know the first thing about gardening or working in the yard.
but I am determined to learn soon hee.

anyhow, do any of you out there know anything about gardening?
or maybe have any tips you would like to share?
I would be much appreciative <3>




www.tips-fb.com

Friday 7 May 2010

skang entry untuk award plak ye kawan-kawan :)

Lepas penat jage lambu tak bertamadun tu, ade plak orang bagi award kan. tak ke bahagia perasaan tu? beshnya~
this is my second award since aku buat blog nie. oke thanks to miss xarielle (eyh betul ke aku eja ni)
ku terase blog aku cantik plak sebab award for beautiful blogger??

1. Buat entry tentang award yg cantik ini
2. Copy badge 'Beautiful Blogger Award' ini
3. Ucapan terima kasih dan letak link pemberi award pada entry tersebut
4. Senaraikan 15 blogger sebagai penerima award

nak korang amek la award yang tak seberape ni dari aku. ikhlas taw?

1. sys fatin liyana
2. sys rathiqah
3. sys nurul
4. sys ira
5. myn syamin
6. enie
7. misseen
8. siti aisyah
9. kery fm
10. lily fadzleen
11. azreen
12. farahz
13. mirauttika
14. aini hayati
15. irine

oke sekian dulu untuk hari ni. salam berita.
www.tips-fb.com

Wednesday 5 May 2010

back in bussiness. jom layan karangan kelakar tahap dewa budak sekolah

hello peeps. at last, i'm home. weeehuu. owh actually semalam dah sampai rumah dah. tapi penat ssngat. jadi sekarang baru sempat update blog (oke saya tengah menipu) sebagai pembuka tira tuk hari ni, jom kita layan 1 karangan sorang budak sekolah ni. memang tahap IQ die tinggi melangit la cakap kau. imaginasi memang terbaik. dulu aku pernah baca karangan ni ada orang bagi email. tapi tadi ada orang tag kat facebook. jadi rasa macam patut kongsi ngan korang je an. jom baca sampai bosan :)

Pagi itu pg minggu.Cuaca ckup sej0k sehingga mencapai takat suhu beku didalam btng paip.SYABAS p0n belum ada teknologi bg masalah ini.
Pg itu sy bersarapan dngan keluarga didalam unggun api kerana x tahan sejuk.Selepas itu emak mengajak sy menemaninya ke pasar.Tetapi sy tdk mahu.Selepas emak menikam per0t sy berkali-kali dengan garfu brulah sy setuju.Kmi berjalan sejauh 120 kil0meter dr rumah ke pasar kerana pasar itu terletak 128 kil0meter dr rumah.Lg 8km nk smpi ke psar Sy ternampak sebuah l0ri k0ntena meluru laju dr arah belakang.dia melanggar emak sy.emak sy tercampak ke dalam gaung.dia menjerit "AD0I!".lepas itu emak sy naik semula dan mengejar l0ri tersebut.sy p0n turut berlari d belakang emak kerana sy takut emak melanggar l0ri itu pula.pemandu l0ri nampak kmi mengejarnya.dia p0n memecut laju eaitu sama dngan kelajuan cahaya.
Kami pula terpaksa mengejar dngan lebih laju eaitu dngan dua kali ganda kelajuan cahaya.emak sy dapat menerajang tayar dpan l0ri itu.l0ri itu terbabas dan melanggar pembahagi jln lalu bertembung dngan sebuah feri.feri itu terbelah dua.penumpang feri i2 seramai 100 org semuanya mati.pemandu feri itu sngat marah.dia p0n bertuka menjadi ultraman dan memfire pemandu l0ri.pemandu l0ri menekan butang khas pd l0rinya.l0ri itu bertukar men jadi r0b0t transf0rmer.mereka bergaduh diudara.emak sy tidak puas hati.dia pun terus menyewa sebuah helik0pter di Genting highlands dan terus ketempat kemalangan.die melanggar pemandu feri y telah bertukar menjadi ultraman itu.pemandu feri itu terkejut lalu bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalan raya.pemandu feri itu pecah.pemandu l0ri sngat takut melihat kejadian itu.die meminta maaf dr emak sy.die menghulurkan tangan untuk bersalam.tetapi emak sy masih marah.
Die menyendengkan helik0pternya dan mengerat tangan pemandu l0ri itu dngan kipas helik0pter.pemandu l0ri menjeri "AD0I!".lalu jatuh ke bumi.emak sy menghantar helik0pter itu ke genting highlands.
Bila die balik ke tempat kejadian,die terus memukul pemandu l0ri itu dngan beg tangannya sambil memarahi pemandu l0ri itu didalam bahase sepany0l.pemandu l0ri itu tidak menjawb sebab x faham.lalu pemandu l0ri itu mati.x lama kemudian p0lis sampai.dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu.semua angg0ta p0lis di pejabat P0lis terperanjat lalu mati.org rmai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yg telah terjadi .p0lis yg bertugas cuba menyuraikan org rmi lalu menjerit menggunakan pembesar suara.org ramai terperanjat lalu semuanya mati.
Selepas itu emak sy mengajak sya ke pasar untk mengelak lebih ramai lg org yg akan mati.di pasar emak sy menceritakan kejadian itu kpd penjual dging.penjual dging dan peniaga peniaga lain berhampiran yg mendengar cerita itu semuanya mati terkejut dan mati.sy dan emak terus berlari blik kerumah.krn terlalu penat sebaik saja sampai kerumah kami pun mati. . . .

last-last semua mati. syabas kepada budak ni. mest cikgu dia pun mati baca karangan dia hee.
www.tips-fb.com

Friday 26 March 2010

its sunny sunshine

hai kawan2. adoi adoi adoi. saya sangat bz la lately. tapi sekarang saya dah free. so boleh la nak update belog hari-hari kan? :) so how's life? mine, mcm hectic and teribble sikit. baru lepas abis english week. penat rupenya jadi organizer ni. 2 days in a row balik2 je terus tidur dulu. dah malam baru bangun mandi. macam disaster gila hidup this week. dah settle english week, hidup pun kembali normal. huhu.

weekend2 cmni mmg sumpah bosan kalau tade apa-apa aktiviti kan. so better ber'blogging kan.
hari tu english week, even penat tapi best jugak la. like my comittee, we need to organize and manage all certificates, prizes bla bla bla. the debaters was damn awesome! fluent gile dah macam mat salleh oke. even our american lecturer Mr Raj pun setuju. overall, it was a great event. thanks to all my classmates. we did a very good job. *clap clap clap* :)

owh papparazi, stop capturing our photo. we are sick of it hee.

peace heals the world :)

rockers jalanan. perhaps??haha
www.tips-fb.com

Sunday 21 February 2010

tips lagi: petua gadis mengekalkan keayuan. baca baca.

hai apa khabar sume? sihat tak? hopefully sume sihat la ye. yang tak sihat tu, makan la ubat. atau pun nak saya sediakan ubat? huhu..saya ade terbaca 1 petua ni. dan terpanggil la untuk kongsi bersama semua since saya pun tak la ayu mana kan. mudah-mudahan kita sumua jadi gadis ayu la macam dalam nur dalam cita nur kasih tu. jadi jum la kita baca :)

1. Menjaga kejelitaan semulajadi (natural beauty) dengan tidak memakai bahan-bahan luaran tetapi menjaga emosi, fizikal dan mental. Gunakan masa untuk perkara yang berfaedah dan tentukan wawasan secara objektif, jangan banyak angan-angan. Tidur awal setiap malam dan bangun awal setiap pagi untuk solat subuh. Jangan tidur siang hari.

2. Menjaga suara. Latih diri bercakap dengan nada yang lembut, tidak sengau atau suaranya terlalu kuat.

3. Menjaga cara berkata-kata. Biasakan menggunakan perkataan yang melambangkan keluhuran budi seperti ‘tolong’ serta ‘minta maaf’. Jangan gunakan perkataan yang terlalu beremosi seperti bosan, sakit hati, menyampah, benci dan sebagainya kerana ia akan menyebabkan muka jadi berkerut dan masam.

4. Menjaga kulit. Kebersihan sentiasa dijaga. Makanan yang berupa ulam-ulam yang wangi serta sayuran dan buah-buahan segar patut selalu dimakan. Gunakan sabun yang tidak merosakkan kulit.

5. Menjaga muka. Tangan perlu sentiasa bersih dan lembut. Jangan gunakan bedak yang bukan-bukan. Selalu menggunakan bedak sejuk untuk menjaga kulit muka. Jangan banyak berangan.

6. Menjaga rambut. Ia mahkota kejelitaan gadis. Bersihkan rambut tapi jangan terlalu kerap. Bila bersikat, ulangi sikatan ke seluruh bahagian kepala 100 kali untuk menjadikan rambut subur dan berkilat. Ramai lelaki suka pada gadis berambut panjang tapi kemas.

7. Menjaga cara berberjalan. Latih cara berjalan. Jauhi dari berjalan mengengkang atau tangan terlalu dihayun. Langkah jangan terlalu besar. Berjalan jangan terlalu laju. Badan jangan terlalu membongkok atau tegak. Leher jangan terteleng (senget sebelah). Muka elok ditundukkan sedikit.

8. Menjaga gerak-geri. Bila duduk di atas lantai duduklah dengan cara bersimpuh. Kalau duduk di atas kerusi, eloklah sila panggung. Jangan mengangkang. Tangan jangan terlalu digerakkan bila bercakap. Cara bergerak biarlah lemah-lembut.

9. Menjaga senyum. Latihlah senyum jangan tersengeh. Tutup mulut bila ketawa. Ketawa secara sederhana. Selalu senyum tapi untuk tujuan baik.

10. Menjaga mata. Mata janganlah terlalu liar memandang sekeliling. Tundukkan mata dan memandang hanya kepada apa yang sedang anda hadapi. Jangan terlalu kerap mengerdipkan mata. Usah terlalu kerap menjeling walaupun kepada buah hati anda.

11. Menjaga kehormatan. Sentiasa bertemankan ibu atau saudara bila keluar. Minta izin ibubapa. Pakaian sopan. Pulang seawal mungkin.

12. Menjaga sikap. Taat beragama. Jangan bohong. Jauhi dari merungut. Jauhi dari menjadi amat cerewet dan jaga hati orang lain.


www.tips-fb.com

Friday 19 February 2010

segmen petua: bedak sejuk

ni petua pertama yang bakal saya kongsikan bersama anda semua. jadi girls, take a look.

korang semua mesti tahu apa tu bedak sejuk kan? ala kalau korang pegi kedai, ada bedak sejuk cina dalam kotak kecil tu. tu la salah 1 contoh bedak sejuk. sebelum wujud produk-produk kecantikan yang ada sekarang ni, orang guna bedak sejuk je untuk kekalkan kecantikan diorang. sekarang ni, ada macam-macam produk bedak sejuk. korang pegi je pharmacy. melambak-lambak. ada yang dicampur ngan susu kambing dll.

kenapa bedak sejuk?
bedak sejuk ni sesuai untuk semua jenis kulit. tak kira la kulit korang jenis berminyak ke, jerawat ke, kering ke. jadi, korang tepek and sapu je kat kulit. senang kan?

kat sini saya sertakan kebaikan bedak sejuk ni
1. melicinkan kulit muka
2. memberi kesegaran pada kulit
3. mengurangkan kadar pengeluaran sebum/minyak pada kulit

4. menanggalkan sel kulit mati
5. bantu sejukkan kulit

6. membersih & menegangkan wajah


banyak kan kebaikan dia. bila kadar pengeluaran minyak dikurangkan, jadi potensi tuk jerawat tu keluar kurang la! :) jadi, selamat amalkan
www.tips-fb.com

Thursday 18 February 2010

revolusi & teknologi dunia yang makin wow!

1. Saya still ingat masa saya form 4, itulah first time saya sign up and ada Friendster. zaman tu, semua orang bercakap pasal friendster.
"eyh kau ada Friendster tak? add aku add aku!"

untuk menghilangkan kegelisahan peminat-peminat saya, maka saya pun buat la account Friendster. cuba tengok sekarang, mana ada dah orang nak guna Friendster. cikai katanya. sekarang ni, budak baru lahir pun dah ada Facebook. semua benda pun Facebook sekarang. Hebat.

2. Cuba korang tanya orang2 yang lahir seangkatan dengan saya, mesti n pasti diorang tahu & pernah main game MARIO . maklum la zaman tu kami takde PS2. PSP pun takde. apatah lagi PSP3, XBOX dan wii. sekarang ni, kesemua PSP, PS2 & xbox tu adik saya dah ada. sampaikan saya kena masuk bilik kalau nak tengok TV. canggih kan dunia sekarang?

3. Dulu kan masa saya sekolah rendah, saya punya beg sekolah mesti dari jenama SWAN. korang pun mesti tahu kan beg swan?hehe. waktu tu tak pern
ah kisah pun beg jenama apa ayah saya beli. asalkan cantik, saya mesti suka. siap bangga lagi ke sekolah sebab ada beg baru. busuknya saya. sekarang ni, cube tengok, ada lagi ke orang nak pakai beg swan tu? tak ada kot. budak sekarang dah pandai memilih. nak yang brand2. urbannya budak sekarang.

4. First time saya ada handphone masa tu saya form 1. walaupun kat asrama tak boleh bawak henpon, saya bawak jugak. rindu keluarga kononnya. alasan. waktu tu pun saya cuma guna handphone nokia 3310 yang campak kat dinding pun boleh guna lagi. tu pun waktu tu, handphone 3310 tu mahal tahu! sekarang ni, cuba kita tengok. budak tadika pun dah ada handphone. buka
n takat tu aja, diorang tak pandang da 3310 tu. handphone mengalahkan orang dewasa. pakai iphone, blackberry, n series. maju kan zaman skarang?

5. Dulu kan saya tengok siaran TV1, Tv2 dengan TV3 aja. lepas tu baru ada NTV7. tapi saya demand jugak la. saya tak tengok sangat TV1 & TV2. sebab cerita2 dia ntah apa2 sikit. kalau takde cerita best dekat TV3, tukar NTV7 plak. kalau takde jugak, saya tidur hehe. zaman sekarang ni, kita ada Astro. macam-macam chanel ada kat astro. kalau bosan Box Office, kalau bosan lagi tengok Star Movie. kalau bosan lagi, tengok la AXN, Hallmark, Ria, Ceria, Discovery Channel bla bla bla. cool la sekarang. macam-macam ada.


6. Kalau nak tengok movie, mesti ken
a beli tape. maklum la VCD tak famous lagi.ala tape yang besar tu. budak-budak zaman sekarang ada yang tak tahu pun apa benda nya tu. contohnya adik2 saya hehe. dala mahal 1 tape tu. saya ingat lagi lepas ibu balik kerja, dia bawa balik tape disney cinderella la, snow white la. sleeping beauty la. saya suka sangat! tengok sampai tak ingat nak makan. bagus tu bawak kalau sapa2 nak pegi jogging. agak-agak ada je anjing nak kejar, baling ke kat kepala die. confirm dia terus insaf ^_~

7. waktu sekolah rendah dulu, susah sangat nak dpt peluang guna komputer kat sekolah. banyak betul prosedur dia. jadi senang cerita, memang saya tak pernah guna komputer pun. sekarang ni, budak-budak belajar kat sekolah pun guna komputer. dah macam waktu saya sekolah menengah masa subject Computer Science plak kan hehe.


8. Dulu, saya jarang dengar pasal robot-robot yang menyerupai manusia ni. sekarang, robot pun berlakon dalam pementasan teater. kat Jepun tak silap saya. hebat kan? robot bleh gantukan maid la.ada yang boleh main violin la. macam2. brilliant betul la otak manusia sekarang.



kesimpulannya, dunia sekarang ni makin maju. jadi kita pun kena lah maju kan? :)
www.tips-fb.com